There was an error in this gadget

TEORI MEMBENTUK ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN CARA ISLAM

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.







Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya di sebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan." Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris.

Hasilnya dalah 97% berjaya dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.






Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.



2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.



3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri. Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah swt. Namun kita digalakkan berikhtiar.



4. Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai ap! abila telah mencuba.



5. Sumber: Artikel Kolej Agama Sultan Zainal Abidin Petua Dua Mendapatkan anak lelaki atau perempuan seperti kata orang anak selang bunga memang payah. Namun usaha dan petua yang diamalkan insyallah boleh diperolehi. i. Jika inginkan anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan. ii. Jika inginkan anak perempuan, air mani perempuan hendaklah dipancutkan atau kekemuncak dahulu. Kemudian tidurlah mengiring ke kiri. Insyaallah, makbul jika diiringi doa. walauapapun, sebelum bersama suami isteri, adalah! wajib bagi membaca kalimah suci ALLAH, Bismillahirrahmanir rahim.. diikuti dengan doa seperti berikut : Allahumma jannibnasy syaito wajannibisy syaito namaa rozaktana.




(untuk dikongsi bersama-sama)

tonton.com.my