There was an error in this gadget

TEORI MEMBENTUK ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN CARA ISLAM

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.




HATI SUDAH MATI?

‎1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hakNya


2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.


3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.


4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberianNya.


5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.


6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.


7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.


8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.


9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.


10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

tonton.com.my